1. Tyrannosaurus Rex: – Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu

T. Rex
Tyrannosaurus Rex ataupun nama
‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti
yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6
kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai
otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej
lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana
haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di
negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul
kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.
2.Aurochs: -pupus sejak 1627

Aurochs
Aurochs adalah spesies daripada
lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah.
Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2
million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur
Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di
negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13,
kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia,
Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah
pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa
oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)
3.Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17

Dodo
Tidak salah untuk mengatakan Dodo
ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa
sering dikaitkan dengan dodo seperti ‘as dead as a dodo’ yang
membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa
ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara
tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana
ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh
terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik.
Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus.
4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936

Thylacine
Thylacine dipercayai pupus sejak
1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur
ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini
menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia,
Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus
secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan
haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk
menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara
berterusan dan habitatnya yang terancam.
5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an

Javan tiger
Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz
harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia
lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus
sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa.
Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada
lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.
6. Tarpan – Pupus sejak 1919
Tarpan juga dikenali Eurasian Wild House. Ia
adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar
selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia.
Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan
pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil
usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan
yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di
Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama
kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan
diistiyharkan pupus secara rasmi.
7. Caucasian Bison – Pupus sejak 1927
Caucasian Bison adalah subspecies
kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur
Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor
bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada
mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod
mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus
barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum
menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara
besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih
belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging
haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang
kepada kepupusan Caucasian Bison.
8. Syrian Wild Ass – Pupus sejak 1927
Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada
keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda
yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan
Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna
mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna
kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna
kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi
yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum
menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila
spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.
9. Giant Aye-aye – Pupus sejak 1930
Giant Aye-aye adalah subspesies kepada
monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur, monyet dan kera. Spesies ini
pernah berhabitat di kepulauan Madagascar sejak 1000 tahun yang lampau.
Spesies ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiyharkan
pupus sejak daripada itu.
10. Caspian Tiger – Pupus sejak 1990an
Caspian Tiger adalah subspesies bagi
keluarga kucing sepertimana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya
boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun,
Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian
cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi
maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran,
Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20
akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber
utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya
menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya.
Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak
daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.